Godam Kad Touch 'n Go, Sepasang Suami Isteri Ditahan

Diterbitkan: Isnin, 29 Februari 2016 3:40 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sepasang suami isteri ditahan polis di Kota Damansara di sini selepas disyaki terlibat dalam kes penggodaman kad prabayar Touch 'n Go bagi tujuan menambah nilai amaun kad pada 22 Februari lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, pasangan yang berusia dalam lingkungan 40-an ditahan pada 9.30 malam, melakukan aktiviti itu dengan memuat turun aplikasi khas untuk menggodam daripada laman web ke dalam komputer riba dan memindahkannya ke dalam telefon bimbit yang dilengkapi sistem Android.

"Mereka godam kad melalui aplikasi dalam telefon bimbit yang dipindahkan dari komputer riba untuk menggodam kod kad berkenaan bagi menambah nilai kad dengan nilai maksimum sebanyak RM 1,500 untuk setiap transaksi secara haram tanpa kebenaran daripada syarikat Touch 'n Go Sdn Bhd," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Mohd Zani berkata, pasangan itu aktif menjalankan kegiatan berkenaan sejak Disember tahun lepas untuk kegunaan peribadi menyebabkan nilai kerugian syarikat itu yang dianggarkan berjumlah RM20,000.

Pasangan itu yang direman empat hari berakhir 27 Feb lalu, kini dibebaskan dengan ikan jamin polis sementara menunggu polis membuat siasatan lanjut ke atas syarikat Touch 'n Go, katanya.

"Polis merampas antara lain 12 kad Touch n Go, sebuah alat SmartTAG, sebuah telefon bimbit, sebuah komputer riba dan sebuah iPad," katanya sambil menambah kes yang disiasat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya adalah kes pertama yang berlaku di daerah itu.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Jenayah Komputer 1997.

Dalam kes berbeza, Mohd Zani berkata seorang lelaki berusia 32 tahun ditangkap polis pada 25 Februari lepas disyaki terlibat dalam sindiket penipuan pembelian kereta daripada pemilik yang mempunyai masalah membayar pinjaman kereta daripada pihak bank.

Beliau berkata modus operandi suspek adalah memuat naik iklan di laman web 'mudah.my' untuk membeli kereta pemilik yang mempunyai kesukaran membayar pinjaman kereta dengan menabur 'janji manis' bagi membayar baki pinjaman.

Suspek yang terlibat dalam empat kes sama di daerah Petaling Jaya kemudian menipu pemilik selepas didapati gagal melunaskan pinjaman dan melarikan kereta pemilik.

"Polis merampas sebuah kereta mewah jenis Alfa Romeo dan 20 anak kunci susulan penangkapan ke atas suspek," katanya yang menambah suspek telah direman selama dua hari bermula 25 Februari lepas sebelum diserahkan kepada polis Pahang untuk proses reman atas penglibatannya dalam kes sama di negeri itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.-- Bernama

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan