Pelajar Lemas Di Kolam Renang Sekolah

Diterbitkan: Sabtu, 27 Februari 2016 8:25 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Seorang pelajar tingkatan lima dipercayai mati lemas ketika mandi di kolam renang sekolahnya.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Muhamad Zaki Harun berkata mangsa yang maut iaitu Muhamad Daniel Abdul Razak, merupakan pelajar Sekolah Menengah King George V.

"Kejadian berlaku kira-kira pukul 3 petang tadi...pengadu yang merupakan guru sekolah berkenaan ketika itu sedang membuat persiapan hari sukan.

"Bagaimanapun dia telah terlihat kira-kira 12 orang pelajar sedang mandi di kolam itu sebelum mengarahkan mereka naik kerana pelajar tidak dibenarkan mandi tanpa pemantauan guru.

Setelah kesemuanya naik, pengadu lihat mangsa masih berada di dalam kolam dan dipercayai tidak sedarkan diri," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Muhamad Zaki berkata berikutan itu pengadu telah meminta pelajar-pelajar lain itu menyelamatkan mangsa.

"Namun setelah dibawa ke darat didapati mangsa masih tidak sedarkan diri dan bantuan pernafasan telah diberikan.
Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar untuk rawatan namun disahkan telah meninggal dunia."

Beliau berkata mangsa akan dibedah siasat untuk mengetahui punca sebenar kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan