Pencari Siput Maut Ketika Cuba Selamatkan Mangsa Nahas TUDM

Diterbitkan: Jumaat, 26 Februari 2016 7:00 PM

Harap maaf, video tidak dijumpai.
(Ubah saiz teks)

KUALA SELANGOR: Seorang pencari siput ditemukan maut berhampiran lokasi kejadian pesawat pengangkut CN235 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuat pendaratan cemas di pesisir pantai berhampiran Batu 2, Kuala Selangor pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Ruslan Abdullah berkata difahamkan Abu Hassan Abdul Latif, 57, dipercayai cuba menghampiri kawasan pesawat tersebut  mendarat sebelum kakinya tersangkut dalam lumpur dan lemas.

Katanya lelaki itu meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tanjong Karang dan punca sebenar kematian mangsa masih dalam siasatan.

"Kami klasifikasikan kes ini sebagai SDR atau mati mengejut," katanya kepada pemberita, di sini, Jumaat.

Adik Abu Hassan, Jamaliah, 24, berkata beliau mendapat panggilan telefon kira-kira 11 pagi daripada polis yang memintanya melakukan pengecaman mayat di Hospital Tanjong Karang.

"Saya bergegas ke hospital bersama anak saudara bagi melakukan pengecaman mayat dan memang sah itu abang saya.

"Abang saya setiap pagi akan keluar pergi mencari siput sebagai sumber untuk menyara dirinya yang masih belum berkahwin. Dia tinggal berseorangan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Jamaliah berkata Abu Hassan yang juga anak sulung daripada enam beradik itu terkenal dengan sifat suka membantu orang lain tanpa mengira diri sendiri.

"Dia memang ringan tulang ... suka menolong kami adik-beradik dan orang kampung yang lain. Kehilangannya amat kami rasai," katanya.

Dalam insiden 8.50 pagi tadi, sebuah pesawat CN235 milik TUDM yang membawa lapan orang anak kapal dilaporkan mendarat cemas di pesisir pantai berhampiran Batu 2, Kuala Selangor.

Kesemua mangsa berjaya diselamatkan selepas dibantu nelayan tempatan yang berada di kawasan berkenaan.

Lapan anak kapal yang terlibat terdiri daripada Mejar Mohd Azri Yacob, Mejar Muhamed Agizan Jaafar (juruterbang), Mejar Ahmad Syazwan Mohamed (juruterbang), Kapten Mohd Nurul Azmie Rofdi (pembantu juruterbang), Leftenan Meor Ahmad Wahab (pembantu juruterbang), Pegawai Waran II Muhd Shyfull Neezam Abdul Manan, Sarjan Udara David Tonge dan Sarjan Udara Suhaila Pathil. Kesemuanya berumur lingkungan 30 hingga 40-an.

Mengulas mengenai insiden pesawat itu, Ruslan berkata siasatan awal menunjukkan pesawat berkenaan terpaksa membuat pendaratan cemas berikutan terdapat kerosakan pada enjin pesawat.

"Kesemua anak kapal termasuk seorang wanita disahkan selamat cuma pembantu juruterbang (Mohd Nurul Azmie) didapati patah tangan. Kesemua mereka dibawa ke Hospital Tanjong Karang dan kemudian dibawa ke Pangkalan TUDM Subang," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata semua siasatan berhubung insiden itu adalah di bawah kendalian pihak TUDM.

"Kesemua siasatan dan tindakan di bawah kendalian TUDM, kami cuma membantu mengawal keadaan sahaja. Rangka pesawat juga dijangka mengambil masa dua hingga tiga hari untuk dibawa keluar," katanya.

Tags / Kata Kunci: TUDM

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan