Daesh: Tujuh Anggota Tentera Darat Ditahan Sejak Tahun Lepas

Diterbitkan: Jumaat, 26 Februari 2016 3:32 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai tujuh anggota Tentera Darat ditahan sejak tahun lepas kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan militan Daesh, kata Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Daripada jumlah itu, katanya, dua sedang menjalani human penjara, dua lagi berada di bawah pengawasan polis manakala tiga lagi menunggu perbicaraan.

"Peratusan penglibatan anggota tentera dalam kegiatan militan sangat sedikit, ia tidak mencemarkan keupayaan (Tentera Darat). Hanya segelintir kecil cenderung ke arah itu.

"Kita cari 'pagar' untuk memagari mereka daripada terlibat dalam kegiatan itu. Sekiranya 'pemagaran' kita tidak mampu menghalang mereka daripada terlibat ke arah itu (militan), tindakan punitif akan dilakukan," katanya pada sidang media khas sempena Hari Tentera Darat Ke-83 di sini, Jumaat.

Raja Mohamed Affandi berkata Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dipertanggungjawab  mengadakan program 'pemagaran' itu bagi mencegah anggotanya terjerumus dalam kegiatan yang bercanggah dengan undang-undang. 

Tags / Kata Kunci: Daesh

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan