Lima Maut, Empat Parah Nahas Jalan Raya Di Beluran

Diterbitkan: Khamis, 25 Februari 2016 11:58 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

BELURAN: Lima orang termasuk dua kanak-kanak maut, manakala empat lagi parah selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah treler di Kilometer 60 Jalan Sandakan-Telupid, awal pagi Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan Rosemidian Majid berkata kesemua mangsa maut di tempat kejadian terdiri tiga lelaki dewasa dan dua kanak-kanak.

Katanya laporan mengenai kejadian itu diterima pada pukul 4.55 pagi dan pihaknya menghantar empat anggota dengan sebuah jentera bomba ke tempat kejadian.

Beliau berkata anggota bomba membantu mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di dalam kenderaan pacuan empat roda.

Menurutnya mayat mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk bedah siasat, manakala mangsa yang parah dihantar ke Hospital Beluran.

Beliau berkata pemandu treler hanya cedera ringan. - BERNAMA
Tags / Kata Kunci: kemalangan , maut , Beluran

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan