Guna Jengkaut Tarik Mesin ATM

Diterbitkan: Khamis, 25 Februari 2016 3:46 PM

Gambar Hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA SELANGOR: Sebuah jengkaut digunakan untuk menarik keluar dua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik CIMB Bank di Jalan Besar, Bestari Jaya dekat sini awal pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Ruslan Abdullah berkata jengkaut itu kemudiannya ditinggalkan di tempat kejadian yang pihak polis menerima laporan kira-kira 5 pagi.

"Penjenayah didapati menggunakan jentera itu untuk menarik keluar kedua-dua mesin ATM berkenaan sebelum memuatkannya ke atas sebuah kenderaan pacuan empat roda untuk dilarikan," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata pihak bank masih belum mengenal pasti jumlah wang di dalam kedua-dua mesin itu.-- Bernama 


Tags / Kata Kunci: ATM , CIMB , jengkaut , Ruslan Abdullah

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan