Wanita Disyaki Tipu Jual Lampin Murah Di Facebook Ditahan

Diterbitkan: Rabu, 24 Februari 2016 1:11 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Seorang wanita dipercayai terlibat dalam penipuan penjualan lampin bayi murah ditahan polis di sebuah rumah di Kampung Jawa, Kota Tinggi, Selasa.

Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata penahanan suspek yang berusia 26 tahun itu adalah susulan daripada laporan orang awam yang menjadi mangsa penipuannya pada 16 Januari lepas.

Beliau berkata dengan penahanan wanita itu, ia dipercayai dapat menyelesaikan 16 kes penipuan yang melibatkan suspek itu menjual lampin bayi murah di laman sosial Facebook.

"Modus operandi suspek ialah akan mengiklankan barangan bayi seperti lampin bayi pada kadar harga yang murah menerusi akaun Facebook 'Dhia Alesya Sofea'," kata beliau dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

Kemudian, setelah pengguna maya berminat untuk membeli dan memasukkan sejumlah wang ke dalam nombor akaun yang diberikan, suspek akan memberi pelbagai alasan dan gagal dihubungi, tambah beliau.

Wan Ahmad Najmuddin berkata berikutan aduan yang dilakukan, polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan bagi mengesan dan menangkap suspek.

Beliau meminta agar orang awam yang pernah menjadi mangsa dan belum membuat laporan polis, tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Wan Ahmad Najmuddin menambah suspek akan dipohon reman hari ini dan orang ramai dinasihatkan agar lebih berhati-hati dan membuat semakan, sebelum berurusan secara dalam talian.

Tags / Kata Kunci: Facebook , Polis

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan