Polis Tahan Dua Lelaki, Rampas Peralatan Bom Ikan

Diterbitkan: Rabu, 24 Februari 2016 1:00 PM

Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin (PPM) Kota Kinabalu menahan dua lelaki dan merampas pelbagai barangan yang dipercayai digunakan untuk membuat bom ikan, di sini Selasa.

Komander PPM Wilayah Empat ACP Mohamad Madun berkata hasil maklumat daripada orang awam pihaknya menahan seorang lelaki berusia 39 tahun di Jeti Penambang di sini, kira-kira pukul 9.45 pagi Selasa.

"Ketika ditahan lelaki berkenaan berada di dalam sebuah kereta yang apabila diperiksa terdapat empat karung guni berisi baja Ammonia Nitrat, 100 unit detonator, dan lapan gulung sumbu yang dipercayai digunakan untuk membuat bom ikan," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Beliau berkata hasil siasatan terhadap suspek, pihaknya telah menahan seorang lelaki warga Brunei berusia 22 tahun, di hadapan sebuah hotel di sini, beberapa jam selepas suspek pertama ditahan.

"Turut dirampas bersama suspek berkenaan dua bungkus sodium cyanide yang juga dipercayai salah satu bahan yang digunakan untuk membuat bom ikan," katanya.

Mohamad berkata, hasil siasatan lanjut terhadap kedua-dua suspak itu mendapati barangan yang dipercayai untuk membuat bom ikan itu akan dibawa ke Brunei dan akan digunakan untuk menjalankan aktiviti mengebom ikan di perairan negara berkenaan serta di sempadan Sarawak.

Beliau berkata kedua-dua suspek itu kemudiannya dibawa pangkalan PPM Kota Kinabalu dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Tags / Kata Kunci: Bom Ikan

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan