Tanah Runtuh Di Tapak Pembinaan, Warga India Maut, Dua Cedera

Diterbitkan: Selasa, 23 Februari 2016 8:37 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang pekerja warga India maut manakala dua warga Bangladesh cedera dalam kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan di Ara Damansara dekat sini Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din berkata mangsa yang maut dikenali sebagai Mondal Sujan, 32, berasal dari Selatan Bengal manakala dua mangsa yang cedera dikenali sebagai Sofiqul, 28, dan Nobiur Rahman, 45.

"Kejadian dilapor berlaku ketika mereka sedang melakukan kerja pemasangan paip di bawah tanah apabila tiba-tiba tanah di sekeliling kawasan pemasangan paip itu runtuh dan menimbus ketiga-tiga mereka," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata dua mangsa berjaya dikeluarkan oleh rakan mereka yang lain manakala mangsa yang maut meninggal di tempat kejadian.

Dua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan lanjut sementara yang maut dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya, katanya.

Tags / Kata Kunci: tapak pembinaan , tanah runtuh

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan