Anggota Polis Miliki Hampir RM10,000 Dipercayai Rasuah - SPRM Sarawak

Diterbitkan: Selasa, 23 Februari 2016 8:03 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

SIBU: Seorang daripada sembilan anggota polis yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak dalam Ops Taring baru-baru ini, mempunyai wang hampir RM10,000 di dalam beg kantung miliknya.

SPRM percaya wang itu adalah hasil daripada kegiatan rasuah oleh anggota berkenaan dan menyitanya.

"Anggota-anggota polis terbabit ditahan kerana disyaki meminta dan menerima wang suapan daripada pekerja-pekerja warga Indonesia.

"Mereka dipercayai menyasarkan pekerja-pekerja Indonesia yang disyaki tidak memiliki dokumen yang sah dan dalam perjalanan pulang ke negara mereka menggunakan bas ekspres melalui Pos Sempadan Tebedu," kata SPRM Sarawak dalam kenyataan di sini.

Lima daripada anggota polis itu ditahan di Sibu pada 20 Feb lepas manakala empat lagi ditahan di Tebedu semalam.

Selain wang hampir RM10,000 itu, SPRM turut menyita wang berjumlah RM1,350 yang dipercayai wang rasuah daripada anggota-anggota terbabit.

Anggota-anggota itu, yang berpangkat Lans Koperal dan Koperal, ditahan dalam Ops Taring yang menggunakan pendekatan penyiasatan berdasarkan risikan bagi menangani gejala rasuah dalam kalangan anggota agensi penguat kuasa.

SPRM melepaskan mereka selepas mengambil kenyataan masing-masing.
Tags / Kata Kunci: SPRM Sarawak , Ops Taring , wang rasuah

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan