Diterbitkan: Selasa, 23 Februari 2016 1:40 PM

(Ubah saiz teks)

TAIPING: Sebuah stesen penyimpanan gas asli jenis mercaptancs di Kampung Setia dekat Kamunting dikesan mengalami kebocoran malam tadi, kata Pengarah Bomba dan Penyelamat Perak, Datuk Yahaya Madis.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengadu terhidu bau gas yang amat kuat di kawasan sekitar kira-kira 6.14 petang sebelum satu Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Putih Ipoh bergegas ke tempat kejadian.

Katanya empat anggota pasukan Hazmat telah memasuki kawasan substesen itu pada 10.20 malam untuk membuat pemeriksaan mengenai kebocoran gas berkenaan dengan menggunakan alat pengesan gas.

"Anggota Hazmat telah membuat pemeriksaan dengan memastikan bahan kimia tersebut dineutral dengan udara dari luar sehingga selamat dari sebarang kebocoran lain," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Yahaya berkata operasi itu tamat pada 11.44 malam setelah Gas Malaysia Bhd menutup injap dari substesen gas berkenaan yang merupakan pembekal gas asli untuk kegunaan industri di kawasan Perusahaan Kamunting.

Tags / Kata Kunci: Kamunting , Gas

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan