Selepas 10 Minit Menyamun, Dua Lelaki Dicekup Polis

Diterbitkan: Selasa, 23 Februari 2016 10:48 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

ISKANDAR PUTERI: Kegembiraan dua lelaki yang menyamun sekumpulan lelaki di sebuah restoran di Iskandar Puteri di sini Ahad lalu berakhir apabila dicekup 10 minit kemudiannya oleh pasukan ronda polis.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Supt Noor Hashim Mohamad berkata kedua suspek yang berusia antara 20 dan 24 tahun itu dikatakan mendekati mangsa dan rakannya kira-kira 6.40 petang sebelum menampar mangsa di pipi sebelah kiri dan menolak rakannya.

Beliau berkata kedua suspek juga mengambil beg dan telefon bimbit rakan mangsa dan melarikan diri menggunakan dengan sebuah motosikal.

Memberitahu pemberita, beliau berkata polis kemudiannya mengesan motosikal mangsa ketika menahan kedua suspek di bawah flat sebuah kawasan perumahan di Taman Pulai Utama.

Polis turut menemui semula telefon bimbit yang dilarikan serta merampas motosikal bersama serangkai kunci yang digunakan ketika kejadian.

Hasil soal siasat, kedua suspek turut mengaku terlibat dalam tiga kes samun  di kawasan Kangkar Pulai sejak tahun lepas dan keduanya akan dipohon reman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Dalam kes berlainan, Noor Hashim turut mengesahkan penahanan seorang lelaki berusia 32 tahun pada awal pagi ini yang dipercayai dapat menyelesaikan beberapa kes pecah rumah dan curi kenderaan di sekitar kawasan Iskandar Puteri dan daerah Johor Baharu Utara.

Beliau berkata lelaki itu ditahan ketika menaiki sebuah kereta dalam keadaan yang mencurigakan di hadapan sebuah kedai di Taman Nusantara.

Menyedari kehadiran polis, suspek kemudiannya melarikan diri sebelum berjaya ditahan kira-kira 100 meter dari situ.
Beliau berkata menerusi saringan air kencing, suspek turut didapati positif dadah jenis metafetamin.

Hasil siasatan awal mendapati suspek telah mengaku terlibat dalam dua kes pecah rumah sekitar Gelang Patah.
Suspek akan dipohon reman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 379 A Kanun Keseksaan Curi Motokar dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan, kata Noor Hashim.

Tags / Kata Kunci: kes samun , Noor Hashim Mohamad

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan