Warga Myanmar Didakwa Bunuh Pemandu Lori Di Selayang

Diterbitkan: Selasa, 23 Februari 2016 3:33 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Myanmar dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, pada Selasa bagi pertuduhan membunuh seorang pemandu lori di Pasar Borong Selayang, Selangor, bulan lepas.

Zubair Nurullah, 47, seorang peniaga sayur, didakwa membunuh lelaki tempatan, M. Kamarajan, 33, di tempat letak kereta awam Jalan 5/3A, Pasar Borong Selayang di sini pada 3.45 pagi, 14 Jan lepas.

Bapa seorang anak itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan. 

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh di hadapan Majistret Erry Shahriman Nor Aripin, kerana kes itu merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi. 

Mahkamah kemudian menetapkan 22 April depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat dan laporan kimia.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa manakala tertuduh diwakili peguam Mohamed Shamril Afzan Mohamed Hasim.

Turut hadir anggota keluarga tertuduh termasuk isterinya yang sarat mengandung yang dilihat menangis teresak-esak sepanjang prosiding itu.

Akhbar melaporkan mangsa ditemui mati selepas dipercayai ditikam sebanyak tujuh kali di bahagian badan dalam insiden pergaduhan di Pasar Borong Selayang, Selangor. 

Tags / Kata Kunci: Bunuh

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan