Budak Perempuan Lawan Keganasan Seksual Mati Ditembak - Berita Jenayah | mStar

Budak Perempuan Lawan Keganasan Seksual Mati Ditembak

Diterbitkan: Selasa, 23 Februari 2016 9:06 PM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Dua lelaki ditahan kerana menembak mati seorang gadis berusia 14 tahun yang menentang tindakan keganasan seksual terhadapnya, kata polis India.

Kedua-dua lelaki itu yang menunggang motosikal telah melakukan serangan seksual secara lisan terhadap seorang budak perempuan yang sedang berjalan pulang dari tempat kerja bersama kakaknya dalam kejadian di negeri utara Uttar Pradesh lewat malam Isnin, kata polis.

"Mangsa telah meminta lelaki-lelaki itu berhenti mengganggunya tetapi mereka enggan, menyebabkan salah seorang daripada mereka menembak salah seorang mangsa," kata pegawai kanan polis di daerah Sitapur, Rahul Mithas.

Dua lelaki itu melarikan diri tetapi ditahan selepas kakak kepada mangsa yang ditembak memberi keterangan tentang diri mereka kepada polis.

Menurut media tempatan, adik-beradik itu telah membuat aduan kepada pihak polis bahawa mereka kerap diekori oleh lelaki terbabit tetapi tidak menerima bantuan, sehinggalah berlaku kejadian tembak ini.

Aktivis hak asasi wanita menuduh polis sering mengabaikan aduan ugutan, yang mereka katakan hanya menyebabkan pelaku bertambah berani.

Seorang pelajar maut dirogol secara berkumpulan di dalam bas di Delhi pada 2012 mendapat perhatian global berkaitan tahap keganasan seksual terhadap wanita yang semakin menakutkan.

Tags / Kata Kunci: keganasan seksual , serangan seksual
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Isnin, 11 Jun 2018 8:00 AM

Ramadan anak Chow Kit

Kolumnis

iklan

Iklan