Ahli Perniagaan Rugi Lebih RM30,000 Disamun

Diterbitkan: Selasa, 23 Februari 2016 11:55 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan mengalami kerugian lebih RM30,000 apabila disamun sekumpulan empat lelaki bersenjatakan parang di tempat letak kereta sebuah bank di Seri Kembangan dekat sini, Selasa.

Dalam kejadian kira-kira 1.00 tengah hari itu, mangsa Tan Jack Son, 30, bersama rakannya Wong Sau Hong, 24, telah didatangi kumpulan itu yang bertindak memecahkan kedua-dua belah cermin tingkap kereta bahagian hadapan yang dinaiki mereka.

Ketua Polis Daerah Serdang Daerah ACP Razimi Ahmad berkata suspek yang menaiki Toyota Vios pada mulanya menghalang kereta mangsa dan mengambil dua beg sandang yang mengandungi wang tunai.

"Suspek bertindak memotong beg sandang yang dipegang mangsa dan rakannya menggunakan parang sebelum melarikan diri.

"Terdahulu, mangsa mengeluarkan wang tunai berjumlah RM30,000 milik syarikat di bank berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kedua-dua mangsa hanya mengalami cedera ringan di bahagian tangan akibat terkena serpihan cermin yang dipecahkan.

"Suspek juga mengambil wang tunai milik kedua-dua mangsa serta beberapa barang lain antaranya iPad," katanya.

Razimi berkata siasatan awal mendapati kesemua suspek yang terlibat berusia antara 25 hingga 40 tahun.

"Nombor pendaftaran kereta digunakan suspek adalah palsu," katanya.

Katanya kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Sementara itu, Razimi menasihatkan orang ramai untuk lebih berhati-hati apabila mengeluarkan wang tunai dalam jumlah yang besar di bank.

"Ambil langkah keselamatan seperti menggunakan khidmat pengawal keselamatan bersenjata api," katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan