Kanak-Kanak Dua Tahun Terkunci Dalam Kereta

Diterbitkan: Isnin, 22 Februari 2016 6:30 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun terperangkap kira-kira 40 minit dalam kereta ibunya di tempat parkir sebuah pasar raya di Bayan Baru di sini, Isnin.

Maisarah Dhia Ameera Mohd Azlan Shah yang sedang tidur dikatakan terkunci dalam kereta itu apabila ibunya keluar untuk ke pasar raya berkenaan.

Kereta Proton Waja yang dimatikan enjin itu dikatakan terkunci secara tiba-tiba dan ibu kanak-kanak berkenaan mendapati kunci tertinggal dalam kereta selepas kembali semula ke kenderaan itu apabila penggeranya berbunyi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru Zainol Mat Isa berkata anggota bomba dan penyelamat yang menerima maklumat kejadian pada pukul 11.59 pagi terpaksa memecahkan cermin bahagian pemandu untuk menyelamatkan kanak-kanak berkenaan.

"Kami pada mulanya berusaha membuka cermin tingkap kereta itu secara manual tetapi gagal menyebabkan kami terpaksa memecahkannya...kanak-kanak itu tidak cedera kecuali berpeluh kerana kepanasan," katanya ketika dihubungi di sini.

Ibu kanak-kanak itu, Hanim Hashim, 32, ketika dihubungi berkata beliau ke pasar raya itu untuk mengambil barang daripada kawannya dan meninggalkan anaknya yang sedang tidur di tempat duduk penumpang belakang.

"Saya minta tolong orang ramai di situ tapi bila tak dapat buka pintu kereta, mereka telefon bomba. Anak saya yang terkejut menangis sehingga dia diselamatkan," katanya yang masih terkejut dengan kejadian itu.   -- Bernama 



iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan