Polis Tumpas Geng Samun 'Wan Jantan', Tahan Enam Lelaki

Diterbitkan: Ahad, 21 Februari 2016 9:10 PM

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh (kanan) pada sidang media Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Selatan, Ahad, menunjukkan 25 biji mercun bola bunga api yang dirampas kerana membakar mercun dan bunga api tanpa permit di jeti lama tapak tambak pasir di Danga Bay Sabtu malam. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Polis berjaya menumpaskan geng 'Wan Jantan' yang dipercayai melakukan sekurang-kurangnya 20 kes samun dan pecah rumah berikutan penahanan enam lelaki termasuk ketuanya dalam serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini, Ahad.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata dua daripada mereka ditahan pada 5 pagi tadi manakala empat lagi pada 6.45 pagi, di rumah masing-masing.

"Kesemua yang ditahan merupakan rakyat tempatan berumur antara 26 dan 33 tahun termasuk ketua geng berumur 32 tahun," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sulaiman berkata selain itu, polis turut merampas beberapa barangan termasuk beberapa telefon bimbit, lima komputer riba, topi, sarung tangan dan muka serta sepucuk pistol tiruan.

Beliau berkata kesemua suspek dipercayai aktif menyamun stesen minyak, samun jalanan dan pecah rumah sejak 2013 dengan empat daripadanya turut memiliki rekod jenayah berkaitan dadah serta samun.


Katanya, kesemua suspek kini direman untuk siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Dalam kes lain, Sulaiman berkata pihaknya sedang mengesan empat individu bagi membantu siasatan kejadian pembakaran mercun dan bunga api tanpa permit di kawasan jeti lama, tapak tambak pasir di Danga Bay, di sini, malam tadi.

Beliau berkata tiga lelaki dan seorang wanita itu merupakan pemilik tiga kenderaan yang dipercayai digunakan untuk membawa mercun dan bunga api ke kawasan tersebut.

"Polis menyerbu kawasan itu pada 11 malam tadi selepas mendapat maklumat orang awam. Polis menemui tiga kenderaan yang ditinggalkan iaitu lori Isuzu bernombor pendaftaran WXR 4751, lori jenis Hino (JNT 4849) dan sebuah kereta Proton Saga (KCY 9239)," katanya.

Menurut Sulaiman, polis turut merampas 402 botol bunga api dan 25 biji bola bunga api manakala individu yang disyaki membakar mercun dan bunga api di kawasan berkenaan, melarikan diri.

Sehubungan itu, pemilik kenderaan berkenaan diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Selatan atau mana-mana balai berhampiran bagi membantu siasatan, mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957, katanya.

Tags / Kata Kunci: Wan Jantan , geng samun , ACP Sulaiman Salleh

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan