Banjir Di Sarawak Semakin Teruk Dengan 5,769 Mangsa Dipindahkan

Diterbitkan: Ahad, 21 Februari 2016 10:07 PM

Pemandangan dari udara keadaan banjir di Kampung Endap, Kota Samarahan, kira-kira 30 kilometer dari Kuching. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Keadaan banjir di bahagian Kuching, Serian dan Samarahan semakin teruk malam Ahad dengan jumlah mangsa di 31 pusat pemindahan (PP) banjir kini mencecah angka 5,769 daripada 1,527 keluarga.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Sarawak Siti Huzaimah Ibrahim berkataia merupakan peningkatan ketara berbanding 4,381 mangsa petang tadi.

Beliau berkata empat lagi PP dibuka untuk mangsa banjir petang ini, menjadikan ketika ini 31 PP di ketiga-tiga bahagian berkenaan.

Terdapat lapan PP di daerah Kuching, dan 9 PP di daerah Bau dalam bahagian Kuching, manakala dalam bahagian Serian tujuh dibuka di daerah Serian dan satu di daerah Padawan.

Beliau berkata di bahagian Samarahan pula, kini enam PP dibuka, semuanya di daerah Kota Samarahan.


Menurutnya air sungai di kebanyakan tempat yang dilanda banjir berada di paras normal, namun cuaca mendung masih menyelubungi sekitar tiga bahagian berkenaan sepanjang hari ini.

Tags / Kata Kunci: banjir Sarawak , mangsa banjir

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan