Australia Keluar Amaran Ancaman Keganasan, Polis Beri Jaminan KL Selamat

Diterbitkan: Ahad, 21 Februari 2016 7:19 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa memberi jaminan kepada orang ramai bahawa situasi di ibu kota adalah selamat walaupun kerajaan Australia telah mengeluarkan amaran keganasan.

"Kami tidak menerima sebarang maklumat risikan yang menunjukkan ancaman keganasan.

"Kami berada pada tahap pengawasan berterusan dan kawalan keselamatan telah dipertingkat sejak beberapa bulan lalu. Bandar ini adalah selamat daripada sebarang ancaman keganasan setakat ini," katanya ketika dihubungi, Ahad.

Tajuddin berkata demikian sebagai mengulas amaran keganasan yang dikeluarkan oleh kerajaan Australia pada Ahad, menyatakan tentang kemungkinan berlakunya serangan pengganas di ibu kota.

Penasihat perjalanan telah membuat siaran di laman web Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Australia menyatakan bahawa 'serangan sembarangan mungkin dilakukan dan mungkin mensasarkan kepentingan Barat atau lokasi yang sering dikunjungi oleh orang Barat' sebagai kemungkinan sasaran.

Ia juga menasihatkan rakyat Australia supaya 'menimbang semula keperluan untuk pergi ke kawasan pantai timur Sabah'.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan