Tiga Maut, Treler Dan Tiga Kenderaan Bertembung - Berita Jenayah | mStar

Tiga Maut, Treler Dan Tiga Kenderaan Bertembung

Diterbitkan: Sabtu, 20 Februari 2016 9:00 AM

Anggota Bomba dan Penyelamat memeriksa sebuah kereta yang terlibat dalam kemalangan di Lebuh raya Utara Selatan, Jumaat. Kemalangan membabitkan antara sebuah treler dan dua buah kereta menyebabkan tiga maut. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

JASIN: Tiga maut manakala seorang cedera parah dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan termasuk satu treler di Kilometer 176.3  Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di sini petang Jumaat.

Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Sampornak Ismail berkata kejadian berlaku kira-kira 4.45 petang apabila treler dari arah Johor Baharu ke Kuala Lumpur dipercayai hilang kawalan lalu terbabas melanggar pembahagi jalan.

Beliau berkata treler tanpa muatan itu kemudian memasuki jalan bertentangan dan bertembung dengan tiga kenderaan lain iaitu Toyota Camry, Perodua Myvi dan satu lori kontena.

Mereka yang maut di tempat kejadian ialah pemandu treler, Muhammad Saiful Om, 31, dari Beranang, Selangor dan dua orang yang berada dalam kereta Toyota Camry iaitu Mohd Nizan Abdul Rahim, 48, dari Kota Tinggi, Johor dan Halid Haron, 48, dari Kangkar Pulai, Johor.

"Seorang lagi penumpang Toyota Camry cedera parah manakala tujuh lagi cedera iaitu empat yang berada dalam Myvi dan tiga yang menaiki lori kontena," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Bagaimanapun, menurutnya nama mereka yang cedera masih belum diketahui dan mereka sedang dirawat di Hospital Jasin.
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan