Imigresen Kedah Sekat Kemasukan Lapan Warga India

Diterbitkan: Jumaat, 19 Februari 2016 12:01 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Lapan lelaki warga India yang ingin ke Kuala Lumpur ditahan kemasukan mereka ke negara ini oleh Jabatan Imigresen Malaysia Kedah ketika pemeriksaan di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQS) Bukit Kayu Hitam, dekat sini, Khamis.

Pengarahnya Mohamad Yusri Hashim berkata warga asing berumur antara 40 hingga 67 tahun itu ditahan pada pukul 12.15 tengah hari semasa pemeriksaan dibuat di laluan masuk penumpang untuk ke Kedah.

"Kesemua mereka berasal dari Chennai, India memaklumkan ingin masuk ke Malaysia. Mereka juga ingin meminta sumbangan untuk membeli tiket penerbangan pulang ke negara asal mereka.

Pihak Imigresen telah mengeluarkan Notis Penolakan Masuk kepada mereka kerana dipercayai merupakan imigran larangan mengikut Seksyen 8(3) Akta  Imigresen 1959/63," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Turut disekat kemasukan ke negara pada hari yang sama ialah seorang wanita warga Thailand berumur 21 pada pukul 1.15 tengah hari, semalam kerana didapati cuba mendapatkan kemudahan imigresen untuk tinggal lebih masa di negara ini.

"Hasil siasatan mendapati wanita ini telah memasuki negara secara berulang kali dan telah tinggal dalam tempoh yang lama. Wanita ini mendakwa tempoh lama yang diminta itu bagi membolehkannya berkahwin dengan lelaki tempatan," katanya.

Sementara itu, dalam 'Op Ikrar' yang dijalankan pada pukul 12.10 tengah malam di dua lokasi berasingan di Jitra, semalam pihaknya telah menahan lima lelaki Bangladesh dan empat lelaki serta dua wanita Myanmar yang berumur antara 31 hingga 52 tahun atas pelbagai kesalahan.

Mohamad Yusri berkata kesemua yang ditahan ditempatkan di lokap Imigresen, Bangunan Kementerian Dalam Negeri, Alor Setar, untuk siasatan dan tindakan lanjut sebelum diserah ke Depot Tahanan Imigresen Belantik, Sik.

Tags / Kata Kunci: Kedah , Imigresen , Bukit Kayu Hitam

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan