Cucu Kecewa Gagal Selamatkan Nenek Dalam Kebakaran

Diterbitkan: Jumaat, 19 Februari 2016 9:22 AM

Yasmin Sarah menunjukkan bahagian atas kediaman dua tingkatnya di mana kebakaran bermula.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seorang budak perempuan berusia lapan tahun berdepan pengalaman ngeri menyaksikan neneknya rentung dalam kejadian kebakaran yang memusnahkan rumah dua tingkat di Taman Nuri, Jalan Datuk Kumbar di sini.

Yasmin Sarah Shah Iran cuba menarik neneknya, Che Fadziah Othman, 59, yang terperangkap dalam kebakaran tetapi terpaksa berundur disebabkan kepanasan melampau semasa kebakaran kira-kira pukul 4 pagi Khamis.

Katanya, sebelum itu neneknya menyuruh dia dan ibunya, Yusniza Yaakob, 38, keluar dari rumah selepas menyedari bilik tidur utama di tingkat atas terbakar.

"Dia memberitahu kami untuk turun ke bawah ketika dia naik ke atas dan cuba memadamkan api.

"Selepas itu saya mendengar dia menjerit 'panas, panas'.

"Saya bergegas ke tingkat atas dan mahu mengheretnya keluar tetapi api itu terlalu panas.

"Saya kemudian turun ke bawah dan menjerit meminta pertolongan tetapi jiran-jiran tidak dapat membantu kerana keadaan terlalu panas dan asap tebal.

"Saya dan ibu sudah tidak berdaya... kami tidak dapat menyelamatkannya," katanya ketika ditemui di rumah mayat Hospital Sultanah Bahiyah ini.



Yasmin Sarah berkata dia sudah setahun tidur dengan neneknya di bilik kedua manakala ibunya, yang dikatakan mengalami penyakit mental tidak stabil, tidur di dalam bilik tidur utama di mana kebakaran bermula.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba Mohd Helmi Abu Husin berkata mayat Che Fadziah ditemukan di dalam bilik tidur di tingkat atas.


"Bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran melibatkan dua buah rumah dua tingkat itu pada 4.02 pagi dan tiba di tempat kejadian kira-kira lapan minit kemudian.


"Semasa tiba di lokasi kejadian, api sedang marak dan kami dimaklumkan oleh jiran bahawa mangsa masih terperangkap ... anggota bomba terpaksa memecahkan pintu balkoni di bahagian atas bagi mencari mangsa.

"Mayat mangsa dijumpai di  penjuru bilik berhampiran tingkap dalam keadaan tersandar di dinding," katanya ketika dihubungi Bernama Khamis.


Mohd Helmi berkata api dapat dikawal sepenuhnya 20 minit kemudian dan operasi memadam ditamatkan pada pukul 6.29 pagi.


iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan