Polis Tahan Lelaki Pukul Nelayan Hingga Mati

Diterbitkan: Khamis, 18 Februari 2016 11:13 PM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Polis menahan seorang lelaki dan merampas daripadanya sebatang besi dipercayai digunakan untuk memukul hingga mati seorang pekerja kapal nelayan pada Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Zabidi Mohd Zain berkata lelaki berusia 42 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Batu 18 Jalan Labuk pada Rabu.

Katanya bertindak atas maklumat, kira-kira pukul 9 malam polis menyerbu rumah tersebut dan merampas sebuah telefon bimbit.

Lelaki itu kemudian membawa anggota polis ke Jalan Old Slipway dan telah menunjukkan sebatang besi yang mempunyai kesan darah yang digunakan bagi memukul mangsa, katanya di sini Khamis.

Zabidi berkata lelaki itu juga membawa anggota polis ke sebuah rumah di Jalan Old Slipway dan menemui sehelai seluar jeans yang dipakainya semasa kejadian.

Menurut beliau, motif pembunuhan disebabkan mangsa telah memaki suspek dengan kata-kata menghina semasa suspek meminta mancis untuk menghisap rokok.

Dalam kejadian Ahad lepas, mayat seorang lelaki ditemui terbaring di tepi Jalan Old Slipway dalam keadaan berlumuran darah.

Hasil siasatan polis mendapati mangsa yang dikenali sebagai Sudirman Teppu, 27, telah meninggal dunia dengan kesan kecederaan di muka serta berlumuran darah dipercayai dipukul berkali-kali dengan senjata tumpul. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: pukul , nelayan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan