APMM Rampas 200KG Ikan, Tahan Enam Warga Indonesia

Diterbitkan: Khamis, 18 Februari 2016 2:34 PM

(Ubah saiz teks)

LUMUT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 3 Lumut menahan seorang tekong dan lima awak-awak warga Indonesia yang memasuki perairan negara tanpa dokumen serta merampas 200 kilogram ikan,  Rabu lepas.

Pengarah Maritim Daerah Kapten Maritim Zulinda Ramly berkata bot yang dinaiki nelayan berkenaan dipintas oleh Kapal APMM KM Tugau semasa sedang melakukan rondaan kira-kira 55 batu nautika barat laut dari Pulau Pangkor pada 4.30 petang.

"Siasatan awal mendapati bot tersebut berpengkalan di Belawan, Indonesia dan kesemua tekong serta awak-awak yang berumur antara 20 dan 70 tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

"Mereka juga gagal menunjukkan surat kebenaran dari Ketua Pengarah Perikanan Malaysia ketika pemeriksaan dijalankan," katanya dalam sidang media di jeti Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kampung Acheh di sini, Khamis.

Zulinda berkata kesemua mereka dipercayai berada di atas laut sejak lima hari lalu dan kini disiasat di bawah Akta Perikanan 1985, Seksyen 15(1)(a) kerana menangkap ikan di Perairan Malaysia.

Katanya, APMM menahan empat bot Indonesia dan 20 awak-awak dari negara sama sepanjang tahun ini.

Tags / Kata Kunci: APMM , Indonesia

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan