Kereta Klon: Tiga Anggota Polis Ditahan SPRM N.Sembilan

Diterbitkan: Selasa, 16 Februari 2016 11:31 PM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Tiga anggota polis cawangan Risikan Jenayah (D4) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan berhubung kes penjualan semula kenderaan klon.

SPRM dalam kenyataannya berkata ketiga-tiga mereka masing-masing berumur 36, 54 dan 27, bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontingen (IPK) Negeri Sembilan ditahan pada pukul 2.30 petang tadi di sebuah restoran dekat sini.

"Mereka ditahan bersama barang kes RM1,500. Kes melibatkan penjualan kereta yang dirampas tanpa membuat laporan polis dan ia dijual semula kepada seorang lelaki Cina," kata kenyataan itu.

Menurut SPRM, ada kenderaan klon yang telah pun dijual manakala suspek telah dibawa untuk membolehkan pihaknya merampas kereta klon yang masih dalam simpanan.

Ketiga-tiga suspek itu kini ditahan bagi membantu siasatan dan dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban di sini esok untuk tujuan reman.

Ketua Polis Negeri Datuk Jaafar Mohd Yusof ketika dihubungi Bernama bagaimana pun tidak dapat mengesahkan tangkapan itu.
Tags / Kata Kunci: kereta klon , SPRM , polis

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan