Lelaki Bangladesh Disyaki Rogol Remaja OKU Ditahan - Berita Jenayah | mStar

Lelaki Bangladesh Disyaki Rogol Remaja OKU Ditahan

Diterbitkan: Isnin, 15 Februari 2016 7:33 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis menahan seorang lelaki Bangladesh bagi membantu siasatan kes seorang remaja perempuan kurang upaya (OKU) dirogoldi tepi tangga sebuah pangsapuri di Bayan Baru, dekat sini pada Ahad.

Jurucakap polis berkata lelaki berusia 38 tahun itu ditahan kira-kira pukul5.30 petang Ahad selepas pengawal keselamatan di pangsapuri berkenaan melihat suspek dalam keadaan mencurigakan dan membawa mangsa yang berusia 13 tahun kekawasan tangga di situ.

"Pengawal keselamatan itu memaklumkan kejadian berkenaan kepada bapa mangsa sebelum dia (bapa) bersama beberapa penduduk mencari lelaki Bangladesh berkenaan dan menemui suspek bersama remaja yang mengalami masalah lembam itu,"katanya di sini pada Isnin.

Beliau berkata mangsa mendakwa dirogol beberapa kali oleh suspek sebelum inidan diberi upah sebanyak RM10 supaya dia tidak menceritakan kepada sesiapa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Datuk Mohd Zakaria Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata remaja berkenaan dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan.

Lelaki Bangladesh yang bekerja di kilang di kawasan Bayan Lepas itu direman selama empat hari bagi membantu siasatan, katanya.

Tags / Kata Kunci: rogol OKU , lelaki bangladesh
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan