Polis Tahan Lelaki Bakar Teman Wanita

Diterbitkan: Isnin, 15 Februari 2016 9:36 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Seorang pengganggur lelaki berusia 31tahun ditahan polis selepas dipercayai membakar teman wanitanya,Khamis lepas. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, SAC Kamarulzaman Mamat berkata suspek yang mempunyai empat rekod jenayah lampau termasuk berkaitan dadah, ditahan di sebuah rumah di Jalan Teratai, Taman Johor Jaya, kira-kira pukul 5 petang. 

"Kami dapati ada kesan terbakar di tangan dan kakinya dipercayai akibat kejadian itu," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.  

Khamis lalu, teman wanita suspek melecur 40 peratus di badan selepas dipercayai dibakar lelaki itu menggunakan minyak tanah di sebuah premis berhampiran sebuah pasar raya di Pandan Seri Alam, di sini kira-kira 11.30 pagi, Khamis. 

"Suspek dikatakan bertindak demikian kerana cemburu dan wanita itu kini masih tidak sedarkan diri dan sedang dirawat di Hospital Sultan Ismail," katanya sambil menambah suspek ditahan reman tujuh hari bermula hari ini hingga 21 Februari.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Bakar teman wanita , cemburu

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan