14 Lagi Jenazah Mangsa Pemerdagangan Manusia Dikebumi Di Kedah

Diterbitkan: Ahad, 14 Februari 2016 1:27 PM

Sebahagian kubur mangsa pemerdagangan manusia yang dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tualang, Mukim Jabi tahun lalu.

(Ubah saiz teks)

POKOK SENA: Sebanyak 14 lagi jenazah mangsa pemerdagangan manusia yang ditemui di Wang Kelian, Perlis pada Mei tahun lalu  dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tualang di sini, Ahad.

Ketua Penyelaras Pengebumian Jenazah Rohingya, Majlis Agama Islam Kedah, Syeikh Fakhrurazzi Yub berkata kesemua jenazah lelaki tersebut dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira 10 pagi tadi dan selesai kira-kira sejam kemudian. 

"Kesemua jenazah dibedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah di sini.

Pengebumian sejumlah lagi jenazah warga sama dijangka yang terakhir akan dilakuan bulan hadapan," katanya kepada pemberita di lokasi perkuburan. 

Kerja-kerja mengebumikan 14 jenazah itu dikendalikan anggota polis, kakitangan Jabatan Agama Islam Kedah dan Jabatan Kerja Raya serta dibantu penduduk sekitar tanah perkuburan itu. 

Jelas Syeikh Fakhrurazzi, pengebumian fasa ketujuh hari ini menjadikan keseluruhan jenazah mangsa pemerdagangan manusia yang dikebumikan sebanyak 153 jenazah.

Kubur-kubur yang ditemui di Wang Kelian itu dipercayai merupakan mangsa pemerdagangan manusia etnik Rohingya.--Bernama

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan