Polis Sabah Cekup Enam Pemberi Maklumat Dalam Serbuan Di Telipok - Berita Jenayah | mStar

Polis Sabah Cekup Enam Pemberi Maklumat Dalam Serbuan Di Telipok

Diterbitkan: Sabtu, 13 Februari 2016 7:33 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Polis Sabah menahan enam pemberi maklumat dalam operasi bersepadu di penempatan Telipok pada Sabtu.

Mereka adalah antara 520 orang yang ditahan dalam operasi itu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun berkata, pemberi maklumat berkenaan dipercayai menyediakan maklumat dan bantuan untuk kegiatan jenayah sempadan di sini.

"Enam yang berkenaan berusia antara 19 dan 50 tahun, mereka akan disiasat di bawah Sosma," katanya.

Operasi awal pagi secara besar-besaran itu dijalankan di penempatan pelarian Filipina yang terkenal.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan