Jangan Fitnah JPJ Berkaitan Kematian Ahli Perniagaan - Pengarah

Diterbitkan: Sabtu, 13 Februari 2016 1:26 PM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mengaitkan mereka dengan kematian seorang ahli perniagaan di George Town pada Khamis lalu.

Pengarahnya, Noorul Habib Abdul Guduse berkata pihaknya sedang meneliti dakwaan yang mengaitkan JPJ dengan kematian Syed Amen Jaizul Abidin berikutan satu kejadian di bangunan JPJ Batu Uban, Gelugor yang menjadi viral di media sosial penghujung tahun lepas.

"Pegawai kami sedang meneliti semua bukti termasuk rakaman sidang akhbar yang dibuat oleh sebuah organisasi bukan kerajaan yang menuduh JPJ terlibat dengan kematian Syed Amen. 

"Satu laporan polis akan dibuat dalam masa terdekat bagi membersihkan nama JPJ serta kami mahu pihak yang tidak bertanggungjawab ini berhenti daripada menabur fitnah terhadap kami," katanya kepada pemberita pada Ops Tahun Baharu Cina di sini Jumaat malam.

Syed Amen, 46, maut selepas ditembak dari jarak dekat di hadapan sebuah kedai motosikal berkuasa tinggi pada pukul 3.30 pagi Khamis lalu.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: JPJ , Syed Amen Jaizul Abidin

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan