Lelaki Masalah Mental Dakwa Tak Sedar Tikam Guru

Diterbitkan: Jumaat, 12 Februari 2016 6:35 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lelaki mengalami masalah mental yang didakwa menikam dan mengelar seorang guru sekolah agama di Taman Setapak Jaya pada Isnin lalu mendakwa tidak menyedari tindakannya ketika kejadian berlaku. 

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, perkara itu dimaklumkan semasa soal siasat terhadap suspek berusia 22 tahun itu.

"Katanya dia tidak sedar apa yang dia buat sehingga dia melihat wanita ditemui mengerang kesakitan dalam keadaan berlumuran darah.

"Kerana takut, dia melihatkan diri ke pusat agama di Ampang di mana dia kemudiannya ditahan oleh unit peronda polis kerana menganggu.

"Apabila kita periksa latar belakangnya, kita dapati dia merupakan individu dikehendaki dalam kes ini sehingga membawa kepada penahanannya," katanya pada sidang media, Jumaat.

Mohd Roy berkata, polis turut akan merakamkan kenyataan mangsa, Khairah Hashim, 49, dalam masa dua hari.

"Suaminya beritahu kita bahawa dia kini boleh bercakap.

"Kita percaya kita dapat menyelesaikan siasatan ini dan mengemukakan hasil siasatan kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut," katanya.

Polis pada Khamis menahan seorang lelaki yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mangsa, Khairiah pada kira-kira pukul 1 pagi, di Pandah Indah di sini.

Khairah yang merupakan guru Sekolah Rendah Al-Amin kini dirawat di unit jagaan rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Mangsa mengalamai kecederaan di bahagian peut, dahi dan tangan.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan