Remaja Maut Tercampak Dari Kereta Akibat Memotong - Berita Jenayah | mStar

Remaja Maut Tercampak Dari Kereta Akibat Memotong

Diterbitkan: Jumaat, 12 Februari 2016 4:52 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA TINGGI: Seorang remaja perempuan maut setelah tercampak keluar kira-kira 500 meter daripada kereta Perodua Kenari yang dipandunya di Km 14, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi di sini Khamis malam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, mangsa Nor Indah Sari Mohamad Norizan, 21, memandu berseorangan dari arah Sungai Rengit menuju  Bandar Penawar apabila dikatakan cuba memotong sebuah kenderaan lain namun  gagal menyebabkan keretanya terbabas ke arah bertentangan. 

"Kenderaan mangsa dilapor berpusing sebanyak tiga kali dan tersadai di tebing bukit timbunan tanah. Mangsa pula tercampak keluar sejauh 500 meter," katanya.

Kejadian berlaku kira-kira 7.40 malam.

Dalam kes lain, Rahmat berkata seramai enam pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia ditahan di sebuah rumah kongsi di Ladang Foh Chong, dekat Jalan Kota Tinggi-Johor Baharu awal pagi Rabu lepas.

Mereka terdiri daripada tiga lelaki dan tiga wanita berusia antara 35 hingga 42 yang bekerja di ladang tersebut sejak dua bulan lepas dan tidak memiliki  dokumen perjalanan sah.-- Bernama


   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan