Anggota Polis Maut Kereta Peronda Terbabas Di Km 33 Jalan Sandakan-Telupid

Diterbitkan: Khamis, 11 Februari 2016 3:08 PM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Seorang anggota polis maut dan seorang lagi cedera dalam nahas jalan raya selepas kereta peronda yang mereka naiki terbabas dan melanggar besi penghadang jalan di Km 33 Jalan Sandakan-Telupid, Khamis.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Zabidi Mohd Zain berkata pemandu kereta peronda polis jenis pacuan empat roda itu, Koperal Khairul Azmuddin Zulkiflie, 32, maut di tempat kejadian.

Katanya seorang lagi anggota polis, Sub-Inspektor Mohd Awang Abdulah, 56, turut cedera dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi itu dan menerima rawatan di Hospital Beluran.

Kedua-dua mangsa merupakan anggota yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Beluran.

"Siasatan awal mendapati kemalangan itu disebabkan terbabas sendiri lalu melanggar besi penghadang jalan.

"Siasatan juga mendapati tempat kejadian merupakan jalan lurus namun pemandangan gelap kerana kawasan berkenaan tidak dilengkapi lampu jalan," katanya di sini, Khamis.

Khairul Azmuddin yang berasal dari Kuala Lumpur, meninggalkan seorang isteri Maslina Ampong, guru tadika yang berasal dari Kampung Drum-Drum, Beluran.
Pasangan itu mempunyai dua anak. -- Bernama

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan