Mayat Gelandangan Ditemui Di Bangunan Terbengkalai

Diterbitkan: Rabu, 10 Februari 2016 9:23 PM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Orang ramai menemui satu mayat dipercayai lelaki gelandangan berusia dalam lingkungan 40-an di tingkat satu sebuah bangunan terbengkalai di sini Rabu.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata lelaki itu ditemui kira-kira pukul 9.30 pagi dalam keadaan tertiarap dan tidak sedarkan diri di bangunan terbengkalai di Jalan Kee Abdullah, Bandar Sabindo itu.

"Tiada sebarang dokumen ditemui pada mangsa," katanya dalam kenyataan di sini Rabu.

Fadil berkata mangsa dipercayai meninggal dunia ketika tidur dan berdasarkan keadaan fizikal badan mangsa yang telah mengeras dan berbau, mangsa telah meninggal lebih 24 jam.

Dalam perkembangan lain, Fadil berkata polis telah menahan lapan pelajar dan seorang bekas pelajar Sek Men Keb Merotai yang berumur antara 15 hingga 18 tahun dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan berkumpulan dekat sekolah itu pada tengah hari 4 Februari lepas.

Kes pergaduhan pelajar itu terbongkar setelah salah seorang guru sekolah itu terlihat satu rakaman video melalui aplikasi telefon bimbit WhatsApp dan kemudiannya membuat laporan polis.

"Semua pelajar itu dilepaskan setelah keterangan mereka diambil. Kes akan disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh," kata Fadil. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan