Warga Emas Maut Dihempap Tong Seberat Satu Tan Metrik

Diterbitkan: Rabu, 10 Februari 2016 11:18 PM

Anggota paramedik memeriksa mayat Cheah yang maut selepas dihempap tong berisi gas 'methyl chloride' seberat 920 kilogram di Jalan Lahat, Menglembu pada Rabu. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang lelaki warga emas maut akibat dihempap tong berisi logam klorida seberat satu tan metrik selepas lori yang membawa tong itu melanggar motosikal mangsa di Jalan Lahat, Menglembu di sini petang Rabu.

Dalam kejadian kira-kira 5.25 petang itu, Cheah Seaw Oon @ Cheah Seaw Oow, 65, dilanggar oleh lori yang membawa tujuh tong berisi bahan kimia seberat satu tan metrik, setiap satu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh Ismail Darus berkata akibat pelanggaran itu tong-tong berkenaan terjatuh dari lori dan satu daripadanya menghempap mangsa sehingga menyebabkan warga emas itu maut di tempat kejadian.

"Tujuh anggota Pasukan Menyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke tempat kejadian dan mengambil masa satu minit untuk mengangkat tong gas yang menghempap mangsa.

"Kami menggunakan 'lifting bag' untuk mengangkat tong gas bagi membolehkan mangsa yang tersepit berhampiran tayar lori berkenaan dikeluarkan," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata kemalangan itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kebocoran di tempat kejadian.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa sedang dalam perjalanan ke tempat kerja di kedai makan milik abangnya yang terletak berhampiran lokasi kejadian. -  BERNAMA

Tags / Kata Kunci: warga emas , maut

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan