Kotak Suis Terbakar Tangguhkan Operasi Stesen LRT Ampang 45 Minit

Diterbitkan: Rabu, 10 Februari 2016 5:57 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kepulan asap tebal berpunca daripada kebakaran kotak suis sebuah kiosk di stesen LRT Ampang Park, di sini, awal pagi Rabu menyebabkan lebih 100 pengguna terjejas apabila operasi stesen itu terpaksa ditangguh.

Berikutan kejadian kira-kira 6 pagi itu, perkhidmatan LRT tidak berhenti di stesen berkenaan dan hanya berhenti di stesen berikutnya.

Pembantu Perkhidmatan Pelanggan RapidKL, Maizatul Mazlan yang baru tiba di stesen berkenaan untuk memulakan tugas sewaktu kejadian, berkata keputusan itu dibuat pihak atasan mengambil kira keselamatan orang ramai.

"Sebaik tiba, saya memang terkejut selepas melihat asap tebal yang memedihkan mata, justeru saya terus menghubungi pihak atasan bagi mendapat kebenaran menangguh operasi stesen, selain menghalang orang ramai masuk ke kawasan stesen," katanya ketika ditemui di lokasi, di sini, Rabu.

Maizatul berkata beliau dan rakan setugas turut bertindak mengarahkan penumpang yang berada di lokasi kejadian meninggalkan stesen serta-merta.

Menurutnya, stesen kembali beroperasi 45 minit kemudian.

Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur berkata  seramai lima anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Convention Centre bergegas ke lokasi kejadian.

"Kebakaran hanya melibatkan kotak suis dalam kiosk, kami terima panggilan kira-kira 6.39 pagi dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 7.39 pagi," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: suis terbakar , LRT Ampang

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan