Dua Lemas Dalam Insiden Berasingan Di Tanjung Balau

Diterbitkan: Rabu, 10 Februari 2016 5:27 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA TINGGI: Seorang pengawal keselamatan berusia 54 tahun dan seorang warga Pakistan berusia 27 tahun masing-masing hilang dalam dua insiden berasingan selepas mandi-manda di pantai Tanjung Balau dekat sini, Selasa.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Rahmat Othman berkata mangsa pertama, Ali Ahmad, hilang ketika berkelah bersama isteri dan lima anaknya.

"Siasatan awal mendapati Ali hilang selepas berenang sendirian dan dilaporkan hilang kira-kira pukul 5.40 petang," katanya.

Rahmat berkata seorang lagi mangsa Hamzullah Khan dari Pakistan pergi berkelah bersama lima rakannya pada hari yang sama.

"Difahamkan Hamzullah mengambil keputusan untuk berenang bersama dua lagi rakannya apabila mereka mula lemas kira-kira pukul 5.35 petang.

"Namun, dua rakannya, Nasir Khan, 27, dan Habib Ur Rarehman, 36, berjaya diselamatkan pasukan penyelamat tetapi Hamzullah gagal dikesan," katanya.

Beliau berkata empat anggota polis, tujuh anggota bomba dan penyelamat, tiga anggota penyelamat pantai Kejora dan enam anggota Pasukan Polis Marin meneruskan operasi mencari dan mayat mangsa.

Tags / Kata Kunci: Tanjung Balau , lemas

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan