Cedera Di Paha Diserang Buaya Ketika Alih Kayu

Diterbitkan: Rabu, 10 Februari 2016 4:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Seorang mangsa banjir di Kampung Tupong Ulu cedera di paha kanannya selepas digigit buaya Selasa malam.

Shakawi Suhaili, 55, berkata ketika kejadian dia mengalihkan kayu di bawah rumah sebelum reptilia itu tiba-tiba muncul menyerang.

"Dalam 10.30 malam selepas mengalih kayu buaya itu menyerang dan terkam bahagian paha saya," katanya kepada pemberita di kediamannya hari ini.

Shakawi berkata serangan buaya malam tadi merupakan pengalaman pertamanya dan tidak menjangka kawasan sekitar rumah di tepi Sungai Sarawak itu turut didiami buaya.

Sementara itu anak Shakawi, Muhd Ikhmal berkata dia tidak menyedari bila bapanya turun ke bawah rumah mengalih kayu.

Namun terkejut melihat bapanya dibantu jiran-jiran dan abangnya naik ke atas rumah selepas serangan itu.

Shakawi yang diserang buaya dibawa ke Hospital Umum Sarawak malam tadi dan dibenarkan keluar Rabu.--Bernama

Tags / Kata Kunci: buaya , Shakawi Suhaili , Sungai Sarawak

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan