Warga Singapura Lemas Ketika Seberang Sungai Daki Gunung Tahan

Diterbitkan: Isnin, 8 Februari 2016 11:04 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang lelaki warga Singapura ditemui lemas di Sungai Kuala Luis, Merapoh, Kuala Lipis, Sabtu lepas semasa ekspedisi mendaki Gunung Tahan.

Dia telah dihanyutkan air deras ketika cuba menyeberangi sungai itu semasa ekspedisi. 

Ketua Polis Daerah Lipis, Supt Abdul Razak Hassan berkata, sebelum itu mangsa Mohamed Nawaz Maricar, 43, bersama tiga lagi pelancong asing serta 21 rakyat tempatan telah memulakan ekspedisi mendaki gunung itu lebih kurang 3.30 petang hari yang sama. 

"Ketika cuba menyeberang sungai berkenaan selepas sejam setengah mendaki, tiba-tiba terjadi kepala air menyebabkan mangsa dihanyutkan arus deras," katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.

Abdul Razak berkata, sebaik menerima maklumat berhubung kejadian itu, pihak polis dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis serta pemandu pelancong Taman Negara telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat. 

Mayat mangsa berjaya ditemui pada pukul 7 petang hari yang sama kira-kira lima kilometer dari tempat kejadian, katanya. 

"Mayat kemudian dibawa Hospital Kuala Lipis dalam pukul 11.30 malam," katanya. 

Beliau berkata, anggota keluarga mangsa yang dimaklumkan tentang kejadian itu telah datang ke hospital berkenaan pada Isnin untuk urusan pengecaman dan membawa pulang jenazah. 

Katanya, kejadian itu merupakan kes mati lemas pertama pada tahun ini di Gunung Tahan. - Bernama

iklan

Video

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan