Budak 11 Tahun Lemas Di Kolam Tadahan

Diterbitkan: Ahad, 7 Februari 2016 9:42 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemukan lemas ketika mandi bersama rakan-rakan di sebuah kolam tadahan nurseri untuk penyiraman bunga di Lorong Haji Abd Manan, Parit Selamat, Yong Peng, petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Din Ahmad berkata, mangsa, Noriman Nasrul Rozi, dipercayai bersama beberapa rakannya mandi di lokasi kejadian bersebelahan Sekolah Menengah Kebangsaaan Dato Seth, lebih kurang pukul 3.40 petang. 

"Apabila berlaku kejadian tersebut, rakan-rakan mangsa telah melarikan diri. Operasi mencari dan menyelamat telah dilakukan dan mayat mangsa telah dijumpai di lokasi kejadian," kata beliau dalam satu kenyataan di sini, Ahad.

Din berkata, siasatan mengenai kejadian itu masih diteruskan. 

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba Yong Peng PBK II Mohd Lazim Abd Rahman berkata, operasi mencari dan menyelamat yang melibatkan tujuh anggota itu mengambil masa lebih sejam.

Mangsa kemudiannya berjaya ditemukan pada pukul 6.03 petang, kata beliau dalam satu kenyataan. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan