Dua Suspek Pecah Rumah Cedera Ditembak Polis Dungun

Diterbitkan: Sabtu, 6 Februari 2016 10:44 PM

(Ubah saiz teks)

DUNGUN: Dua suspek kes pecah rumah cedera ditembak ketika cuba menyerang anggota polis dalam satu kejadian di Kampung Batu Tiong di sini pagi Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.45 pagi itu tiga lelaki dipercayai cuba memecah masuk ke dalam sebuah rumah penduduk kampung itu namun berjaya dikesan pihak polis.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacob berkata ketiga-tiga suspek cuba menyerang anggotanya termasuk seorang yang bersenjatakan kayu dan tembakan terkena kaki kanan salah seorang suspek, manakala peluru yang sama turut terkena bahagian punggung kiri seorang lagi suspek.

"Gerakan memburu salah seorang lagi suspek yang masih bebas sedang dijalankan," katanya kepada media pemberita di sini.

Beliau berkata suspek kemudiannya di hantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut manakala suspek yang cedera ringan di punggung telah dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Dungun dan ditahan reman untuk siasatan lanjut selepas menerima rawatan. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Tembak , Pecah Rumah

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan