Lelaki Diberkas Selepas Samun Farmasi - Berita Jenayah | mStar

Lelaki Diberkas Selepas Samun Farmasi

Diterbitkan: Sabtu, 6 Februari 2016 1:41 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditahan selepas menyamun sebuah farmasi di Jalan Sentul, di sini, awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP R.Munusamy berkata suspek yang berumur 41 tahun itu ditahan oleh orang ramai selepas menyamun RM1,500 dari farmasi itu pada 1.30 pagi.

Orang ramai kemudian membawa suspek ke balai polis Sentul dan wang samun itu ditemui semula, kata Munusamy ketika dihubungi.

Tags / Kata Kunci: Farmasi , Sentul
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan