Remaja Perempuan Maut Kereta Langgar Tiang

Diterbitkan: Sabtu, 6 Februari 2016 1:50 PM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Seorang remaja perempuan maut selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar sebatang tiang lampu di Jalan Seremban-Tampin di sini, awal pagi Sabtu.

Menurut jurucakap polis, remaja itu Chong Jia Yan, 19, yang berasal dari Taman Seremban Jaya di sini meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan pada kira-kira 1.30 pagi itu.

"Siasatan polis mendapati kereta yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan kemudiannya terbabas sehingga melanggar sebatang tiang lampu yang berada di tengah pembahagi jalan," katanya.

Menurutnya, seorang daripada dua saksi kejadian itu yang memberhentikan kenderaan untuk memberi bantuan kepada mangsa, mengalami cedera ringan selepas sebuah kereta yang datang dari arah belakang gagal mengelak lalu merempuh kenderaan mangsa.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat, katanya.

Pegawai Turus Trafik Negeri Sembilan ASP Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kemalangan itu.

Tags / Kata Kunci: Seremban

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan