Mayat Hampir Reput Ditemui Di Ladang - Berita Jenayah | mStar

Mayat Hampir Reput Ditemui Di Ladang

Diterbitkan: Sabtu, 6 Februari 2016 2:30 PM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Mayat seorang lelaki hampir reput ditemukan di kawasan ladang kelapa sawit berhampiran tanah perkuburan Cina di Machang Bubok, di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Rusli Mohd Noor berkata mayat tanpa sebarang dokumen pengenalan diri itu dijumpai pada 5.50 petang oleh pemilik kebun sawit berkenaan yang kebetulan ke kebunnya.

"Semasa dijumpai mayat itu dalam keadaan terbaring dan sudah mereput serta berulat, dipercayai telah mati antara empat hingga enam hari lepas," katanya di sini hari ini.

Pemeriksaan ke atas mayat itu mendapati terdapat beberapa kesan kelar di badan mangsa antaranya di tangan kiri, bahu kanan dan leher kiri, katanya.

Katanya polis tidak menolak kemungkinan mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di kawasan kebun sawit itu kerana tiada kesan pergelutan di kesan di tempat kejadian.

Rusli berkata setakat ini polis juga tidak menemui sebarang senjata dan siasatan masih dijalankan.

Identiti mangsa dan motif kejadian masih belum dikenal pasti dan mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat, katanya.

Beliau turut meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau mempunyai maklumat berhubung penemuan mayat berkenaan agar tampil di balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Tags / Kata Kunci: Bukit Mertajam
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan