Culik Dua Lelaki Bangladesh, Polis Tahan 11 Suspek

Diterbitkan: Sabtu, 6 Februari 2016 3:01 PM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Polis menahan 11 individu termasuk seorang wanita warga Indonesia bagi membantu siasatan berhubung kes culik dua lelaki warga Bangladesh di Stesen Bas Butterworth, di sini pada 28 Jan lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Datuk Mohd Zakaria Ahmad berkata 11 individu termasuk lima lelaki tempatan dan lima lelaki warga Myanmar itu ditahan Isnin (1 Feb) lepas di beberapa lokasi di negeri ini dan Kedah.

"Dalam kejadian pukul 7 pagi 28 Jan lepas, dua lelaki warga Bangladesh berusia 24 dan 38 tahun itu sedang menunggu bas sebelum enam lelaki bertindak menculik mereka.

"Suspek kemudiannya menghubungi adik mangsa yang berusia 38 tahun pada 10 pagi hari sama dan meminta wang tebusan RM40,000 jika mahu adiknya dibebaskan dengan selamat," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata adik mangsa yang dihubungi suspek, kebetulan pulang ke Bangladesh untuk bercuti dan dia telah menghubungi rakannya yang tinggal di Batu Ferringhi, dekat sini bagi membantunya.

Mohd Zakaria berkata rakan adik mangsa itu kemudiannya membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan dua lelaki berkenaan.

"Dalam masa yang sama keluarga mangsa telah membuat bayaran sebanyak RM12,000 kepada suspek yang menculik dua lelaki berkenaan," katanya.

Katanya selepas membayar wang tebusan itu, dua lelaki berkenaan dibebaskan pada Isnin lepas dengan ditinggalkan di kawasan hutan di Pinang Tunggal, Kepala Batas dekat sini.

Kedua-dua mangsa ditemui dalam keadaan selamat dan berdasarkan maklumat mereka, polis melancarkan operasi mengesan suspek.

Beliau berkata satu pasukan khas yang ditubuhkan polis berjaya mengesan beberapa suspek lelaki dan menahan mereka di beberapa lokasi di Pulau Pinang pada hari sama mangsa dibebaskan.

"Polis turut menahan sebahagian lagi yang terlibat dalam kejadian itu di sekitar Sungai Petani, Kedah, termasuk wanita warga Indonesia itu, pada Isnin," katanya.

Mohd Zakaria berkata susulan penahanan mereka, polis merampas 12 buah telefon bimbit, sebuah kereta Perodua Kelisa, sebuah motosikal dan beberapa barangan peribadi suspek.

Semua suspek berusia 20 dan 40 tahun itu kini direman bagi membantu siasatan.

Beliau berkata polis juga sedang mengesan beberapa lagi individu yang dipercayai turut terlibat dalam kejadian culik itu.

Tags / Kata Kunci: Bangladesh

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan