Bomba Selamatkan Pelajar Terperangkap 12 Jam Dalam Bilik Air

Diterbitkan: Jumaat, 5 Februari 2016 8:24 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang pelajar lelaki sebuah universiti swasta di Perak berdepan detik cemas selama 12 jam apabila terperangkap dalam bilik air di rumahnya di Pangsapuri Putra, Bandar Baru, dekat Kampar, tengah malam Khamis.

Ketika kejadian pada pukul 12 tengah malam itu, Dang Hwa Yeong, 21, bersendirian di rumah sewanya itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kampar Mohd Yamin Naib berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 11.55 pagi Jumaat oleh rakan serumah yang menyedari mangsa terperangkap dalam bilik air.

"Anggota bomba terpaksa menggunakan 'bolt cutter' dan 'crow bar' untuk memecahkan pintu bilik air berkenaan.

Operasi mengeluarkan mangsa tamat kira-kira sejam kemudian," katanya.

Beliau berkata mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan, namun berada dalam keadaan lemah dan kelaparan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: terperangkap , bilik air

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan