Dua Maut, Empat Cedera Dalam Kemalangan Di Pekan

Diterbitkan: Jumaat, 5 Februari 2016 9:58 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang bapa dan anak lelakinya maut manakala empat lagi cedera setelah sebuah kereta Proton Wira bertembung dengan sebuah Toyota Vios dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 27 Jalan Pekan-Nenasi-Rompin pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Amran Sidek mangsa yang maut ialah pemandu Proton Wira Mohd Khair Zainal Abidin, 40, dan anak lelakinya Ahmad Hafifudin Mohd Khair, 14, dari Kampung Dalam Kedai Buluh, Kuala Terengganu, Terengganu.

"Sementara yang cedera pula ialah isteri Mohd Khair, Roslina Mohd, 32, pemandu Toyota Vios Tan Beng Seng, 60 dan penumpangnya Mek Kebak Chau Khan, 58 serta Tan Yew Hoo, 29 yang kesemuanya berasal dari Taman Perling, Johor Baharu Johor.

"Manakala tiga lagi penumpang dua buah kenderaan tersebut iaitu Ahmad Hariz Adam Mohd Khair, 8, Tan Yew Siong, 32 dan seorang warga Indonesia Manik Mukaromah tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi di sini Jumaat.

Menurut Amran kemalangan berlaku kira-kira 10.40 pagi tadi ketika kereta Toyota Vios yang dipandu oleh Tan bersama empat penumpang dalam perjalanan dari arah Rompin ke Pekan.

Bagaimanapun sebaik tiba di tempat kejadian, katanya semasa sedang  mengambil selekoh ke kanan, kereta itu telah memasuki arah bertentangan lalu bertembung dengan kereta Proton Wira yang dinaiki oleh Mohd Khair sekeluarga.

Pertembungan itu menyebabkan Mohd Khair meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah, manakala anaknya Ahmad Hafifudin meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pekan.

Mayat kemudian dihantar ke Hospital Pekan untuk dibedah siasat, manakala mangsa yang cedera juga dibawa ke hospital yang sama untuk mendapatkan rawatan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: kemalangan , Pekan

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan