Ugut Bom KL, Rumah PM, Ali Tinju Lapor Polis

Diterbitkan: Jumaat, 5 Februari 2016 3:05 PM

Ali Tinju

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tindakan pengguna laman sosial mengugut untuk melancarkan serangan bom di sekitar ibu negara dan kediaman Perdana Menteri mendorong aktivis, Mohd Ali Baharum membuat laporan polis terhadap pemilik Facebook terlibat.

Mohd Ali, atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju dalam laporannya pada pagi Jumaat meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pihak polis mengesan, seterusnya menahan individu bernama Aidil Radzi yang didakwa mengugut di laman media sosialnya.

"Ugutan ini amat serius kerana ia boleh menggugat keselamatan awam di sekitar Kuala Lumpur dan juga keselamatan Perdana Menteri sekeluarga," memetik laporan tersebut yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Laporan itu juga menyebut bahawa beliau mengetahui tentang ugutan tersebut pada Khamis melalui aplikasi WhatsApp.

"No.1 hari ini 5/2/2016 Report Polis,  KL dan Rumah PM dalam keadaan bahaya," tulisnya di laman Facebook, Jumaat.

Sementara itu, Ali Tinju turut berkongsi paparan skrin yang menunjukkan Aidil Radzi membuat posting tersebut.

"Saya akan gegarkan Kuala Lumpur dan kediaman YAB Perdana Menteri Malaysia dengan letupan bom pada hari Sabtu minggu ini kerana Najib menyusahkan rakyat," tulisnya.

Dalam laporannya, Ali Tinju turut menulis tentang kejadian serangan bom di Jakarta yang telah menyebabkan orang awam terbunuh.

Tags / Kata Kunci: rumah PM , bom KL , Ali Tinju

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan