Wanita Kurang Siuman Bawa 13 Murid Bersiar-Siar Jadi Viral

Diterbitkan: Khamis, 4 Februari 2016 8:48 PM

Azman Ayob.

(Ubah saiz teks)

MUAR: Seorang wanita yang dipercayai kurang siuman membawa 13 pelajar sekolah rendah bersiar-siar dengan keretanya sebelum menghantar mereka kembali ke sekolah telah menimbulkan keresahan ibu bapa pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Pasir, di sini, tengah hari Rabu.

Kejadian itu kemudian menjadi viral di laman sosial Facebook apabila seorang pengguna memuat naik status pelajar tersebut diculik oleh seorang wanita kurang siuman dan meminta pengguna Facebook lain khususnya ibu bapa berhati-hati supaya kejadian sama tidak berulang.

Pengguna Facebook berkenaan turut memuat naik gambar kereta Proton Saga yang dipercayai milik wanita terbabit.

Polis kemudian menafikan kejadian itu adalah kes penculikan.

Ketua Polis Daerah Muar, ACP Azman Ayob berkata dalam kejadian 12 tengah hari itu, difahamkan wanita berumur 46 tahun terbabit mengambil tujuh murid lelaki dan enam murid perempuan masuk ke dalam keretanya.

"Kejadian itu memang benar, namun, ia bukan kes penculikan. Siasatan awal polis mendapati seorang wanita yang dipercayai kurang siuman membawa 13 murid  yang terdiri daripada tujuh lelaki dan enam perempuan masuk ke dalam keretanya.

"Wanita itu kemudian membawa kesemua murid itu meronda-ronda dengan keretanya ke kawasan sekitar, sebelum kembali ke sekolah bagi menghantar semua murid terbabit dengan selamat," katanya ketika dihubungi di sini Khamis.

Azman berkata setelah menerima laporan, pihaknya kemudian menahan wanita itu semalam, dan dia dirujuk ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) bagi pemeriksaan tahap kesihatan mental.

Sementara itu, wakil pihak sekolah yang dihubungi berkata kejadian tersebut berlaku mungkin akibat salah faham dan kesemua 13 pelajar terbabit selamat.

"Wanita itu hanya 'pinjam' dan bawa pelajar berkenaan bersiar-siar selepas waktu sekolah dan kembali menghantar mereka ke sekolah selepas itu," katanya.

Katanya pihak sekolah membuat laporan kepada pihak polis pada Rabu. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Azman Ayob

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan