Staf BSN Maut Akibat Dipukul - Polis

Diterbitkan: Khamis, 4 Februari 2016 8:48 AM

(Ubah saiz teks)

TELUPID: Seorang staf Bank Simpanan Nasional (BSN) Cawangan Telupid maut selepas ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri serta berlumuran darah di kepala dan muka oleh orang awam berhampiran bank itu pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Beluran, Supt Sivanatan Velautham berkata, mangsa dikenali sebagai Henry Edoos, 43, yang ditemukan di tangga menuju tingkat satu rumah kedai didiami staf BSN pada kira-kira 6.30 pagi, dipercayai telah dipukul.

Katanya, mangsa yang sebelum itu dibawa ke Klinik Kesihatan Pekan Telupid terpaksa dipindahkan ke Hospital Duchess of Kent Sandakan apabila didapati kritikal akibat kecederaan teruk di bahagian kepala.

"Mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan dan siasatan awal mendapati punca kematian adalah pendarahan dalam otak akibat retak dipercayai dipukul menggunakan benda keras," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Katanya, siasatan mendapati mangsa keluar minum di sebuah kedai di Pekan Telupid pada 7.30 malam Selasa.

"Mangsa dipercayai dipukul orang tidak dikenali semasa mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya kira-kira 4 pagi," katanya.

Katanya, polis meminta kerjasama saksi supaya tampil membantu proses siasatan. - Bernama

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan